Pertemuan Penting Untuk Harimau Malaya
Siaran langsung Thailand vs Malaysia di Piala AMEC 2024 sememangnya dinantikan ramai peminat bola sepak. Perlawanan ini bukan sahaja ujian fizikal, tetapi juga mental buat skuad Harimau Malaya.
Adakah mereka mampu mengatasi cabaran besar ini dan mencipta sejarah di Bangkok? Nantikan sepak mula pada pukul 9.00 malam untuk menyaksikan aksi mendebarkan ini.
FT : Thailand (1) – (0) Malaysia
Masa : 9.00 malamVenue : Stadium RajamangalaTV : Astro ArenaLive Streaming : Sooka
Offenbar hast du diese Funktion zu schnell genutzt. Du wurdest vorübergehend von der Nutzung dieser Funktion blockiert.
Thailand vs Malaysia merupakan perlawanan ketiga dalam kejohanan ASEAN Mitsubishi Electric Cup atau Piala AMEC 2024 bagi skuad Harimau Malaya dan kedua untuk skuad Gajah Perang.
Ianya bakal berlangsung pada Sabtu, 14 Disember 2024, bertempat di Stadium Rajamangala, Bangkok, dengan sepak mula dijadualkan pada pukul 9.00 malam waktu Malaysia.
Siaran langsung turut dibawakan menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. Selain itu, penonton juga boleh tonton secara live streaming di Sooka.
Thailand, yang baru sahaja memulakan perjalanan mereka dalam Piala AMEC 2024, telah mempamerkan prestasi mengagumkan dalam perlawanan pembukaan.
Bertemu Timor Leste di tempat lawan, mereka mampu meraih kemenangan besar 10-0, sekaligus mengumpul tiga mata dan menduduki tempat kedua dalam kumpulan A.
Malaysia pula telah mengharungi dua perlawanan, seri 2-2 menentang Kemboja di Phnom Penh dan menang tipis 3-2 ke atas Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dengan empat mata, skuad Harimau Malaya kini berada di puncak kumpulan, tetapi masih perlu berhati-hati untuk memastikan slot ke peringkat seterusnya.
Sejarah Panjang Pertemuan Thailand vs Malaysia
Sejarah pertemuan antara Thailand vs Malaysia sentiasa menarik perhatian peminat bola sepak Asia Tenggara.
Sejak 1959, Malaysia telah mencatatkan 43 kemenangan ke atas Thailand, seri 29 kali, dan tewas 31 kali. Namun begitu, statistik terkini kurang memihak kepada Harimau Malaya.
Dalam pertemuan terakhir pada kejohanan yang sama pada tahun 2022, Malaysia tewas 0-3 kepada skuad Gajah Perang. Malah, kali terakhir Malaysia berjaya menewaskan Thailand di Bangkok adalah pada tahun 2004, menjadikan perlawanan kali ini satu cabaran besar buat skuad negara.
Cabaran Skuad Harimau Malaya
Menjelang perlawanan ini, skuad Harimau Malaya berdepan beberapa cabaran besar. Ketiadaan lima pemain utama yang perlu kembali ke kelab masing-masing telah mengecilkan jumlah pemain kepada 21 orang.
Tambahan pula, beberapa pemain mengalami kecederaan yang mungkin menghalang mereka daripada beraksi. Dengan situasi ini, jurulatih Paul Martin perlu merangka strategi terbaik untuk memastikan skuadnya dapat memberikan saingan sengit kepada Thailand.
Walaupun begitu, Harimau Malaya tidak boleh dipandang rendah. Dengan prestasi yang semakin meningkat selepas perlawanan menentang Timor Leste, mereka pasti akan cuba sedaya upaya untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan ini.
Satu keputusan seri akan cukup untuk mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas dan mencerahkan peluang mara ke peringkat kalah mati.